Rabu, 04 April 2012

Sayyid Alwi bin Abbas Al-Maliki Al-Hasani



Lahir 1328.H - Wafat 25 Shafar 1391.H

Beliau adalah Sayyid ‘Alawi bin ‘Abbas bin ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abbas bin Muhammad al-Maliki al-Idrisi al-Hasani. Beliau adalah keturunan Idris al-Azhar bin Idris al-Akbar bin ‘Abdullah al-Kamil bin Hasan al-Mutsanna bin Hasan, putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah SAW.

Dilahirkan di rumah al-Maliki berhampiran Bab as-Salam pada tahun 1328H. menghafal al-Quran ketika berusia 10 tahun dan menjadi imam sholat tarawikh di Masjidilharam. Belajar di Madrasah al-Falah dan tamat pada tahun 1346H. Kemudian menjadi tenaga pengajar di madrasah tersebut. Mengajar di halaqahnya di Masjidilharam berdekatan dengan Bab as-Salam selama 40 tahun. Juga dilantik menjadi jurunikah di Mekah. Beliau wafat pada tanggal 25 Shafar 1391H dipangkuan pelayan (khadam) beliau, yaitu Tuan Guru Haji Mas’ud Telok Intan

Guru-guru beliau antara lain adalah :

Ayahndanya sendiri Sayyid ‘Abbas bin ‘Abdul Aziz al-Maliki,
Al-Muhaddits al-Haramain Syaikh Umar Hamdan al-Mahrisi,
Syaikh Habibullah asy-Syanqiti,
Syaikh Muhammad ‘Ali bin Hussin al-Maliki,
Syaikh Jamal al-Maliki,
Syaikh Al-Qurra’ Syaikh at-Tiji,
Syaikh ‘Abdullah Hamaduh,
Syaikh Hasaan as-Said as-Sanuri,
Syaikh amin Suwid ad-Dimasyqi,
Syaikh Mahmud al’Attor ad-Dimasyqi,
Syaikh Isa Rawwas,
Syaikh Salim Syafie,
Syaikh Ahmad Nadhirin,
Syaikh Muhammad al-‘Arabi at-Tabbani,
Syaikh Yahya Aman,
Syaikh Muhammad Khidir asy-Syanqiti,
Syaikh Muhammad al-Mujtaba asy-Syanqiti,
Syaikh Umar BaJunaid,
Syaikh ‘Abdul Sattar ad-Dehlawi

Selain itu beliau juga meriwayatkan ilmu, ijazah dan sanad daripada ulama keluarga Ba’Alawi (ahlul bait yang bernasabkan kepada ‘Alawi bin Ubaidullah bin Ahmad bin Isa al-Muhajir bin Muhammad bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far ash-Shodiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Hussin al-Sibth putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah SAW, antaranya:

al-Habib ‘Aydrus bin Salim al-Bar,
al-Habib Abu Bakar al-Bar,
al-Habib Abdur Rahman bin Ubaidullah as-Seggaf,
al-Habib Alwi bin Thohir al-Haddad,
al-Habib Musthofa al-Muhdhor,
al-Habib Muhammad bin Hadi as-Seggaf,
al-Habib Umar bin Sumaith,
al-Habib Salim bin Hafidz,
al-Habib Ali bin ‘Ali al-Habsyi,
al-Habib Alwi bin Muhammad al-Haddad,
al-Habib Ali bin ‘Abdur Rahman al-Habsyi dan
al-Habib Abu Bakar as-Seggaf.

Beliau juga meriwayatkan ilmu, sanad dan ijazah daripada para ulama terkenal di zamannya, seperti:
Al-Imam al-Muhaddits Muhammad ‘Abdul Hayy al-Kittani,
Asy-Syarif ‘Abdul Hafiz al-Fasi; Syaikh Muhammad Zahid al-Kauthari,
Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani; Syaikh Muhammad Bakhit al-Muti’I,
Syaikh Salamah al-‘Azzami; asy-Syarif Ahmad bin Ma’mun al-Balghiti,
Syaikh al-Muhaddits Muhammad Ilyas al-Kandahlawi,
Syaikh al-Muarrikh al-Yamani Muhammad Zabarah, pengarang Nail al-Wator,
Al-Imam al-Muhaddits al-Musnid Muhammad ‘Abdul Baqi al-Ayyubi al-Madani,
Syaikh Abu al-Khair al-Maidani ad-Dimasyqi,
Syaikh al-Mursyid Muhammad Abu al-Nasr Khalaf al-Hims,
Al-Imam al-Mursyid asy-Syarif Ahmad as-Sanusi al-Mujahid.

Kitab karangan beliau:
Al-‘Iqd al-Munazzam fi Aqsam al-Wahyi al-Mu’azzam,
Al-Manhal al-Lathir fi ahkam al-Ahadits ad-Dhoif,
Al-Ibanah al-Ahkam al-Kahanah,
Risalah fi Ibtol Nisbah al-Qaul bi Waihdah al-Wujud li ‘Aimmah at-Tasawwuf,
Risalah fi al-Ilham,
Ibanatul Ahkam Syarh Bulughul Maram,
Risalah al-Ahkam at-Taswir,
Al-Mawaiz ad-Diniyyah [himpunan ceramah beliau diradoi Saudi pada setiap pagi Jum’at],
Nailul Maram Ta’liq ‘ala ‘Umdah al-Ahkam,
Fath al-Qarib al-Mujib ‘ala Tahzib al-Targhrib wat Tarhib,
Diwan Syairnya.

Ananda beliau Sayyid Muhmmad bin ‘Alawi telah mengumpulkan sanad-sanad beliau dalam kitab al-‘Uqud al-Lu’luiyyah bi Asanid al-‘Alawiyyah dan fatwa-fatwa beliau di dalam kitab Majmu al-Fatawa wa al-Rasail.

Adapun murid beliau, tidak terhingga banyaknya. Ramai di kalangan ulama Nusantara yang belajar kepada beliau di Mekah. Oleh kerana itulah nama beliau tidak asing lagi di Nusantara.

Pujian ulama kepadanya:
Kata Imam al-Akbar Dr. ‘Abdul Halim Mahmud, Syaikhul al-Azhar:
“……Sesungguhnya Allah telah menyinari wajahnya di atas kesungguhannya yang kuat terhadap sunnah Rasulullah SAW dalam memikul, memberi kefahaman, pengajaran, pentarbiyahan dan sebagainya jalan menuju Allah….”

Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz juga pernah memuji Sayyid ‘Alawi sebagaimana diceritakan oleh Syaikh Ahmad al-Haribi (Pemantau Majlis Pengajian di Masjidil Haram): “…. Pada suatu hari Syaikh ‘Abdul Aziz bin Baz berhenti di dalam majlis pengajian Sayyid ‘Alawi al-Maliki dan mendengar pengajaran Sayiid ‘alawi beberapa ketika. Apabila dia berpaling, Syaikh Ahmad al-Haribi bertanya pendapat Syaikh ‘Abdul ‘Aziz Bin Baz tentang pengajaran Sayyid ‘Alawi al-Maliki dan dia berkata: MasyaAllah! MasyaAllah. (menunjukkan ta’jub terhadap ilmu Sayyid ‘Alawi dan pengi’tirafan keatas ketinggian ilmunya)

Syaikh Muhmmad Said al-Yamani pernah berkata kepada ayahnya Sayyid ‘Abbas al-Maliki:
"Sesungguhnya anakmu ‘Alawi akan menjadi perhiasan Masjidilharam."

Syaikh Umar Khayyath berkata: Ketika kami berada di dewan rumah Syaikh ‘Ali ibn Hussin al-Maliki di dalam satu majlis, Sayyid ‘Alawi datang, lalau Sayyid ‘Ali al-Maliki berkata: Sesungguhnya anaku ini, ‘Alawi, merupakan orang yang mendapat anugerah dan ilham, di dalam percakapannya penuh dengan keindahan dan keelokkan, dia juga merupakan orang yang dikasihi ramai, semua orang suka mendengar pengajarannya dan aku adalah orang yang pertama suka mendengar kalamnya.

Setelah kewafatan beliau pada malam Rabu 25 Shafar 1391, tempat beliau diganti oleh anaknya yaitu Sayyid Muhammad, yang kemudiannya muncul sebagai ulama Mekah yang harum namanya diseluruh pelosok dunia. selepas kewafatan Sayyid Alawi, anaknya, Sayyid Muhammad telah menggantikan tempat beliau dalam meneruskan usaha dakwah & warisan ulama, di mana akhirnya anaknya ini menjadi ulama terkenal dan dikasihi murid-muridnya serta umat di seluruh pelosok dunia.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kisah Sayyid ‘Alawi bin Abbas Al-Maliki dengan Para Wahabi

Suatu ketika Sayyid ‘Alawi bin Abbas al-Maliki duduk dalam halaqahnya di Masjidil Haram. Dan di lain sudut, duduk pula Syaikh ‘Abdur Rahman as-Sa’di, pengarang sebuah kitab tafsir. Banyak pula orang yang sedang sholat dan bertawaf. Cuaca saat itu langit awan mendung sedang berarak. Kemudian hujan pun turun. Air hujan yang turun di atas Ka’bah mengalir keluar melalui saluran mizab [pancuran emas]. Kemudian jamaah yang duduk di halaqahnya Sayyid ‘Alawi al-Maliki banyak yang bergegas ke bawah mizab tersebut untuk mendapatkan air daripadanya. Lalu mereka membasahkan baju dan badan mereka dengannya sebagai mengambil berkah daripadanya.

Melihat hal itu, sekumpulan “Orang Badui” (saya sebut saja Badui pada orang2 wahabi tsb ) mencegah mereka karena menyangka melakukan perbuatan itu adalah syirik. Kata mereka: “Jangan, wahai orang-orang musyrik. Itu Syirik! Itu Syirik!”.
Lalu semua orang pun beredar dan menuju ke halaqah Sayyid ‘Alawi Al-Maliki. Mereka menanyakan tentang perkara tersebut pada beliau, dan jawaban dari Sayyid ‘Alawi Al-Maliki malah menganjurkannya sebab disitu ada keberkahan. Kemudian jamaah tadi pun pergi kembali ke mizab tersebut.

“Orang-orang badui” tadi pergi kepada halaqah Syaikh ‘Abdur Rahman dan mengadu kepadanya. Lantas beliau pun bangun dan pergi bertemu dengan Sayyid ‘Alawi. Maka berkumpul lah jamaah dari kedua kubu kepada dua orang ulama tersebut.
Kata Syaikh ‘Abdur Rahman: “Benarkah Anda mengatakan kepada orang-orang bahwa dalam air hujan tersebut ada berkah?”
Jawab Sayyid ‘Alawi Al-Maliki: “Benar sekali. Bahkan, ada dua barokah..
Balas Syaikh ‘Abdur Rahman: “Bagaimana bisa demikian?”
Jawab Sayyid ‘Alawi Al-Maliki lagi:

“Sebab Allah SWT telah berfirman dalam kitab-Nya mengenai hujan: Dan Kami turunkan daripada langit air yang diberkati, [Surat Qaaf: 9] - dan mengenai Ka’bah pula sebagaimana Allah SWT berfirman: Sesungguhnya rumah yang mula-mula dibangun untuk (tempat beribadat) manusia, ialah Baitullah yang di (Makkah) yang diberkahi dan menjadi petunjuk bagi semua manusia [Surat Ali ‘Imran: 96] -

Maka sekarang terkumpul dua barokah, yaitu barakah dari air hujan dan barakah baitullah ini.”
Mendengar itu, Syaikh ‘Abdur Rahman merasa takjub: “Subhanallah! Bagaimana kami lupa akan hal ini? Lalu beliau pun berterima kasih kepada Sayyid ‘Alawi Al-Maliki dan meminta izin untuk keluar.”

Kemudian kata Sayyid ‘Alawi Al-Maliki:

“Nanti dulu, wahai Syaikh, tidakkah kamu lihat ‘orang-orang badui’ itu menyangka bahwa apa yang dibuat oleh banyak orang itu sebagai syirik? Mereka tidak berhenti mengkafirkan orang dan melontar mereka dengan tuduhan syirik, sehingga melihat orang yang seumpama Anda yang dapat mecegah mereka. Pergilah ke mizab dan ambil air hujan tersebut di hadapan mereka agar mereka membiarkan orang-orang mengambilnya.”


Kemudian Syaikh ‘Abdur Rahman pun pergi ke mizab dan mengambil sendiri air hujan itu sebagai mengambil berkah. Lihatlah Syeikhnya Orang-orang Badui Wahabi juga melakukan tabarruk, mengambil keberkahan dari air hujan dan baitullah kab’bah. Lalu bagaimana pula dengan sikap Orang-orang Badui Salafy Wahabi masa kini yang mengharamkan tabarruk? Menganggap musyrik orang yang bertabarruk. Kalaupun ada yang membolehkan tabarruk, membolehkannya hanya pada orang hidup saja. Ngomong-ngomong…,, Air Hujan dan Ka’bah itu hidup apa nggak ya?

*) catatan:

- Sayyid Alawi bin Abbas Al-Maliki adalah ayah dari Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki.


- Syaikh Abdur-Rahman bin Nashir bin Abdillah Alu Sa’di Tamimi Al Hambali diilahirkan di kota ‘Unaizah, Qashim sebuah daerah di Najd, Arab Saudi, pada tahun 1307H. Beliau wafat pada waktu fajar, hari Khamis, 23 Jumadil Akhirah 1376H.

Diantara murid-murid beliau adalah :
Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin,
Syaikh Sulaiman bin Ibrahim al-Bassam,
Syaikh Muhammad bin Abdul ‘Aziz al-Mathu,
Syaikh Abdullah bin Abdur-Rahman al-Bassam,
Syaikh Muhammad al-Manshur az-Zamil,
Syaikh Ali bin Muhammad az-Zamil,
Syaikh Abdullah bin Abdul-Aziz bin ‘Aqil,
Syaikh Abdullah al-Muhammad al-‘Auhali dan
Syaikh Abdullah bin Hasan Alu Buraikan.

Diterjemahkan kedalam bahasa indonesia oleh Luqman Firmansyah.
Berikanlah peringatan karena peringatan itu bermanfaat, Orang yang takut (kepada Allah) akan mendapat pelajaran, Orang-orang yang celaka (kafir) akan menjauhinya. (QS. Al A’laa [87] : 9-11)
Jika riwayat hidup kaum arifin dibacakan kepada orang yang beriman, maka imannya kepada Allah akan semakin kokoh. Sebab kehidupan mereka merupakan cerminan dari kitabullah yang di dalamnya terkandung ilmu orang-orang terdahulu dan yang akan datang kemudian… Habib ‘Ali Al Habsyi …